Suara Rakyat | GKP ibarat talian hayat buat golongan PKS

2022-03-24 0

Kesediaan kerajaan menyediakan Geran Khas Prihatin tambahan sebanyak RM1,500 umpama talian hayat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta perusahaan mikro meneruskan perniagaan mereka.

Mungkin nilainya tidak banyak tetapi ia cukup bermakna kerana dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan pendapatan.

Beberapa pemilik PKS dan perusahaan mikro yang ditemui di ipoh berjanji mahu menggunakan sebaik mungkin geran yang diterima untuk perniagaan mereka.